Skip to main content

Pelaburan KWSP Jamin Pulangan Berterusan


KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperoleh pencapaian yang membanggakan dalam aspek pelaburan dengan mencatatkan jumlah aset pelaburan RM731,111.78 juta pada tahun 2016, iaitu peningkatan sebanyak 6.81 peratus berbanding pada tahun 2015.
Angka terkini ini menunjukkan KWSP sejak dahulu lagi begitu aktif dalam membuat pelbagai bentuk pelaburan. Aset-aset pelaburan KWSP terbahagi kepada lima alokasi iaitu ekuiti, pinjaman dan bon, sekuriti kerajaan Malaysia, hartanah dan infrastruktur serta instrumen pasaran wang.
KWSP mempunyai lebih 14 juta ahli dan hampir tujuh juta masih aktif mencarum. Pencarum KWSP tidak perlu gusar kerana KWSP setiap tahun tidak pernah gagal beri dividen kepada setiap pencarum sejak 1952 sehingga sekarang, malah akan berterusan dalam tahun-tahun mendatang hasil keputusan pelaburan strategik.
Ketika lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, beliau mengumumkan KWSP dijangka melabur AS$3 hingga AS$4 bilion (RM12.5 hingga RM16.7 bilion) di AS.
Pelaburan beri dividen setiap tahun
Ini satu langkah bijak dan strategik bertepatan dengan konsep diversifikasi pelaburan dalam mempelbagaikan hasil pendapatan kepada KWSP. Strategi ini juga sejajar dengan frasa dan konsep pelaburan don't put all your eggs in one basket' yang diakui majoriti pakar dan institusi pelaburan serata dunia.
Sebenarnya, pelaburan luar negara oleh KWSP telah lama dipraktikkan dan menjadi salah satu kunci KWSP selama ini dalam memberi dividen setiap tahun kepada pencarum.
Pada 2007, Tan Sri Samsudin Osman selaku Pengerusi KWSP pernah menyebut 'KWSP juga dibenarkan untuk melabur sebahagian dananya di luar negara, satu langkah yang kini mula membuahkan hasil.' Ini menunjukkan, pengumuman Perdana Menteri di Washington DC baru-baru ini sejajar dengan amalan pelaburan KWSP selama ini.
Selain itu, KWSP juga mempunyai satu bahagian khusus untuk mengendalikan pelaburan di luar negara iaitu Jabatan Ekuiti Luar Negara.
Jabatan ini berperanan mengoptimumkan pulangan ke atas pelaburan secara menguruskan pelaburan ekuiti luar negara melalui pengurus portfolio dengan cara berhemah dan telus.
Pencarum pasti terus berkeyakinan tinggi terhadap jaminan dan prestasi simpanan mereka kerana apa juga keputusan KWSP untuk melabur bukan sahaja dibuat mengikut prosedur operasi standard (SOP) malah selaras dengan peruntukkan Seksyen 18 Akta KWSP 1991 berkenaan dengan penubuhan dan panel keahlian pelaburan.
Jaminan KWSP simpanan pencarum selamat
Akta KWSP 1991 memperuntukkan penubuhan Panel Pelaburan ini adalah untuk menggariskan hala tuju strategik mengenai isu berkaitan pelaburan dan juga menentukan dan meluluskan sebarang aktiviti pelaburan selaras garis panduan, polisi risiko dan alokasi aset yang ditetapkan.
Akhir sekali, pencarum diingatkan agar tidak gusar dan terpengaruh dengan dakyah sesetengah pihak yang cuba mengelirukan mereka.
KWSP telah memberi jaminan bahawa akan sentiasa memastikan simpanan pencarum selamat dan mendapat dividen setiap tahun. Pendek kata, caruman kepada KWSP adalah pelaburan yang pasti menguntungkan.
Penulis adalah Biro Tugas-Tugas Khas, Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia dan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Intelektual Fikrah Anak Malaysia (ILHAM)
Artikel ini telah diterbitkan di akhbar Berita Harian dan dimuatnaik di https://www.bharian.com.my/kolumnis/2017/09/327563/pelaburan-kwsp-jamin-pulangan-berterusan pada 19 September 2017

Comments

Popular posts from this blog

Jom Mohon Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRPlus)

Ada tanah sendiri? Kini anda boleh membina rumah banglo dengan harga yang rendah! Program Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRplus) adalah satu program alternatif yang mensasarkan golongan yang tidak layak mendapat subsidi di bawah Program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) kerana melebihi syarat minimum program. Oleh itu, bagi pemohon gagal dalam permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) atau mereka yang memiliki tanah dan berminat dengan program Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRplus) ini boleh mengemukakan permohonan. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN Warganegara Malaysia Berumur 18 tahun ke atas Syarat tanah adalah tertakluk kepada keluasan rekabentuk dan kaedah pembiayaan CIRI-CIRI REKABENTUK Rumah Sesebuah Satu (1) Tingkat 3 Bilik & 2 Bilik Air KAEDAH PEMBIAYAAN Tunai Melalui pinjaman bank/mana-mana institusi kewangan PAKEJ TAMBAHAN YANG DITAWARKAN* Penyediaan tapak Kabinet dapur Lengkapan almari Sistem keselamatan Pagar Penukaran spesi